GRADUATION DAY
Proud to be NUMed Student
Minggu ni adalah minggu pertama belajar kat NUMed (Newcastle University Medicine Malaysia).. Mulanya aku tak minat belajar kat sini sebab tau boleh fly.. tapi lepas belajar kat sini,, aku rasa macam tak mau fly pulak... happy giler kat sini..
Jadi first batch ni memang best la.. dijaga macam anak emas la... apa yang kami nak semua university bagi... best giler.. cakap je.. nanti masa buat feedback kat university,, cakap nak apa yang korang nak kat CEO NUMED... Kemudahan dia sangat canggih.. bayangkan,, dalam anatomy lab, SETIAP meja yang dekat dengan dinding akan ada TV flat screen 42 inci.. bukan share... setiap meja.. best giler..
tapi yang paling best recreation centre kami,, ada snooker,, ada tv lagi,, best.. rehat je main snooker.. boleh terer macam ni.. makan kat sini pown murah,, makan tengahari cuma 3 ringgit sepinggan,, (ikut lauk).. ok la tu.. johor kan selalunya mahal..
kawasan iskandar ni macam kawasan kami je,, kawasan punya la besar tapi tak ada apa sangat,, sikit je orang.. yang paling dekat dengan NUMed cuma MyDin je la.. nak besar sikit pergi Bukit Indah la,, dalam 15 minit la.. kat situ banyak supermarket..
Kerja ke-2 lepas habis exam IB
Result IB???
Kerja pertama lepas habis exam IB
IB exam.... Selamat Berjuang...
1 subject dah settle,, Mathematic SL... soalan dia boleh tahan la,, hopefully boleh tolong naikkan point la.. cuma tinggal Malay A1, English HL, Chemistry HL, Biology HL dan Economics SL..
19/5/2011 adalah hari terakhir paper 3 Biology HL.. x sabar nak habiskan...
berita baik.. budak NUMed tak kena BTN (Biro TataNegara).. yeye.. selamat pergi kem sehabat-sahabatku.. hehe..
teringat lagi,, exam start 4/5/2011.. nak kenal budak KMB ke tak,, lagi nak exam,, lagi banyak benda pelik dia buat.. (29/4/2011) aku dgn member aku,,, 10 orang termasuk aku,,, pergi tengok wayang cerita Thor 3D lg,, sempat lg tu,, padahal exam tinggal 5 hari lagi...
perasaan masa nak exam IB???? camna yeee... tak takut sangat la,, sebab dah buat IRP (Interective Revetion Program) selama sebulan,, tiap-tiap hari buat soalan exam... ada mock lg.. rasa cam dah biasa.. Thank You Teacher... sebab ke-2 mungkin sebab dah berjangkit penyakit ketua IRP aku,,, dia takut sebab dia tak takut dengan exam... pelik2... tapi,, aku still risau jugak sebab tak tahu jenis soalan nak keluar..
To find out your biases and motivation in life
PREPARING FOR (PLACEMENT) INTERVIEW 1
- TALK ABOUT YOURSELF
- TALK ABOUT YOUR FAMILY
- TALK ABOUT YOUR MOTIVATION TO BE A DOCTOR
- Question 1
- Question 2
- Question 3
Communication Skills
- Articulate
- Original
- Listen well
- Highly motivated
- Cooperative
- Energetic
- Likeable
- Enthusiastic
- Inquisitive
- Self-confident
- Ability to reason and make deicision
- Realistic and levelheaded
- Independent
- Leadership qualities
Hijrah..antara yang masyhur dan sahih
Di dalam kegembiraan menyambut tahun baru hijrah, umat Islam masih lagi disajikan dengan paparan peristiwa hijrah yang masih tidak dapat lari dari keraguan kesahihan cerita dan unsur-unsur tokok tambahnya. Amat malang sekali, cerita-cerita yang sebegini tidak pernah dinilai semula secara meluas atau mendapat perhatian pihak yang berwajib. Kisah yang telah disahihkan cuma disebarkan di peringkat ceramah-ceramah, seminar-seminar atau di perbincangan akademik semata-mata. Malah, teks-teks buku agama sekolah-sekolah masih menyaji cerita-cerita lama ini.
Mari kita imbas kembali cerita hijrah yang dipaparkan. Bermula dengan kisah pihak Quraish telah bermesyuarat di Daar al-Nadwah, yang diketuai oleh sepuluh orang pembesar Quraish termasuklah Abu Jahal, al-Hakam bin Abi ‘Aas, ‘Uuqbah, Abu Lahab, Ubai bin Khalaf dan lain-lain. Didalam mesyuarat tersebut, Abu Jahal mengesyorkan agar Nabi di bunuh dan cadangan ini disokong oleh seorang tua Najdi yang dikata penyamaran Syaitan.
Nabi :saw memulakan penghijrahan dari rumah baginda pada waktu malam. Saidina Ali ra. telah ditugaskan untuk tidur dikatil Nabi :saw agar dia kelihatan sebagai Muhammad. Orang-orang Quraish pada waktu itu sudah mengepung rumah Nabi :saw. Nabi :saw pun keluar dari rumahnya lalu menabur pasir kearah muka orang-orang Quraish seraya membaca ayat :-
“Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). “ [Yasin : 9]
Akibat dari itu, orang-orang Quraish tidak mampu melihat Nabi :saw keluar dari rumah. Hanya pada keesokkan harinya mereka sedar bahawa orang yang sedang tidur di katil Nabi :saw adalah Ali ra. Baginda bersama Abu Bakar ra telah pergi ke Bukit Thawr dan bersembunyi didalam guanya. Pada hari yang seterusnya, pihak Quraish didalam operasi pencariannya telah pergi ke gua Thawr dan mendapati tempat tersebut dipenuhi dengan sarang labah-labah dan terdapatnya dua ekor merpati. Lalu seorang dari mereka berkata : Tidak mungkin seorang pun telah memasuki kawasan ini.
Kisah diatas ini popular dikalangan kita, akan tetapi kesahihan ceritanya masih di ragukan, Di antaranya adalah :-
a. Kisah syaitan yang menyamar sebagai seorang tua (menghadiri mesyuarat pembesar Quraish) tidak terdapat pada hadith Bukhari.
b. Didalam hadith Bukhari, Nabi :saw telah memulakan hijrah bersama Abu Bakar ra. pada waktu siang, dan bukan malam. Kisah ini terdapat didalam hadith Bukari (#3905) dibawah bab Hijrah Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya ke Madinah.
c. Kisah Ali ra. di perintahkan oleh Nabi :saw menggantikan Nabi :saw dibilik tidurnya didapati sanadnya dhaif. Malah didalam hadith Bukhari menceritakan peranan keluarga Abu Bakr ra didalam penghijrahan Nabi :saw, dan bukan Ali ra.
d. Tidak wujud langsung pengepungan Quraish di rumah Nabi pada waktu malam dan juga kaifiat melontar pasir berserta membaca surah Yasin ayat 9 bagi mengkaburkan mata tentera Quraish.
e. Hadith yang menceritakan mengenai peranan labah-labah dan dua ekor merpati adalah dhaef, sebagaimana kata Syiekh Nasyiruddin al-Albani didalam al-Silsilah al-Dhaefah (3/339) dan Ahmad Shakir didalam Tahqiq al-Musnad, merujuk kepada sanad hadith tersebut dhaef (lemah).
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa pengarang-pengarang sirah tidak berapa teliti didalam menilai kesahihan sesuatu riwayat, malah hadith-hadith ini banyak menerima kritikan dari ahli-ahli hadith. Kebanyakkan sumbernya di ambil dari Tarikh Tabari dan Ibn Sa’ad.
al-Qaradhawi menjelaskan bahawa hijrah Nabi :saw mendapat pertolongan dari tentera-tentera ghaib sebagaimana firman Allah swt :-
“Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.” [Surah al-Taubah : 40]
Labah-labah dan merpati adalah makluk Tuhan yang nampak, jelas menunjukkan ia bertentangan dengan ayat diatas yang merujuk kepada pertolongan tentera-tentera ghaib kata al-Qaradhawi.
Sudah sampai masanya untuk masyarakat kita dipaparkan dengan kisah hijrah yang diambil dari hadith-hadith sahih, yang dapat membebaskan manusia dari kisah-kisah yang palsu dan keterlaluan. Tidaklah menghairankan ada juga teori-teori yang menjelaskan akan terdapatnya jarum-jarum Syiah didalam penyebaran kisah sirah yang seumpamanya, contohnya pergorbanan pemuda yang bernama Ali ra. mempertarungkan diri menggantikan Nabi :saw.
Semua pihak harus mengembeling tenaga kearah memperbetulkan kesahihan hijrah Nabi :saw. Buku teks sekolah, buku kanak-kanak, penceramah-penceramah harus memainkan peranan membersihkan kisah hijrah Nabi :saw agar ia kembali didalam bentuk asalnya. Barangkali pada permulaannya mungkin tidak menyeronokkan tanpa cerita labah-labah dan merpati, akan tetapi lama kelamaan mereka akan menerimanya. Ayoh, kita hijrahkan kisah-kisah ini.
Tips untuk memilih universiti
1) pilih negara pilihan... ingat,,pilih mengikut kemampuan, bukan minat.. kalau kita kurang pandai nak pergi UK jugak sebab minat,, susah la,, better pilih Ireland.. sebab nanti budak-budak KMB kena "rating".. so, jangan rugikan borang pilihan negara tu..
2) sekarang kita belajar Medic.. tahun ke 4 dan 5 nanti kena buat housemanship. Senang cerita kena buat practical dengan masyarakat.. so,, pilihlah negara yang masyarakat dia cakap bahasa yang kita faham.. Inggeris la senang skit,
3)lokasi di negara tersebut.. kat UK,, ada Newcastle, Manchester, Liverpool, London,, Pilih antara suka "city life" ke, cm country skit ke...
4)pilih cara pembelajaran yang anda minat.. PBL (Problem Based Learning) atau Integrated (gabungan PBL dan traditional).
5)akhirnya,, pilihlah university pilihan anda... SEKIAN itu yang aku tahu dan boleh kongsi
Tips untuk interview.. based on experiences
*selalunya tak lebih setengah jam la.. cm aku kena, 10 minit je sebab ramai sangat...
interview University.. (masa buat preparation nanti)
Untuk maklumat tentang university,, sila click kat website ni...
http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2010-2011/reputation-rankings.html
IRP DATANG LAGI.....
IRP datang lagi...!!!Dihitung-hitung ni kali ke 9 berjumpa dgn istilah IRP sepanjang di KMB.Kira sepanjang mengajar di KMB la. Walaupun kami guru Agama tak terlibat dalam IRP, tempoh ni amat ditunggu-tunggu sebab utamanya ialah kami boleh BEREHAT seketika. HEHE. Jangan salah faham pulak ye. Walaupun berehat tapi masih mengajar Year 1. Kira kurang jam mengajar jela. Sebabkan IRP jugakla saya sempat mencoret sikit dalam blog ni. Memanfaatkan masa yang terluang dgn sikit perkongsian...
So macamana dgn IRP?? Seronok? Pening? Muak main soalan dan buat latihan? Mesti macam-macam perasaankan. Apapun ambil manfaatnya yang baik...Sedar atau tidak sepanjang IRP ni kita sedang 'bermain' dgn ilmu-ilmu Allah yang MAHA luas. Walaupun namanya Chemistry ke Bio ke Business ke Physics ke semuanya cabang ilmu Allah..Jadi kita sebagai pengejar ilmu Allah jagalah adab2 yang perlu..Bak kata Waki' guru kepada Imam Syafie "Ilmu adalah cahaya..dan cahaya itu tidak memberi hidayah kebaikan kpd orang yg melakukan maksiat."
Pada masa yg sama semasa IRP ni berkongsilah ilmu yg kita miliki. Jangan kedekut ilmu. Biar sama2 berjaya dalam IB exam nanti. Sebab tu dalam post sebelum ni "KITA SEMUA ADALAH GURU" saya cuba kongsikan peranan kita. Walaupun tak jadi guru secara rasmi tapi kita boleh jadi guru sesama sahabat2 kita. Betul tak? Oklah sampai berjumpa lagi di lain coretan jika ada ruang dan peluang utk mencoret...Fi amanillah insyaAllah
ibnhayyi..perpustakaan Semenyih..11.00am
KITA SEMUA ADALAH GURU...
Apa tugas kita sebenarnya? Sarjana Islam telah menggariskan beberapa peranan guru muslim antaranya :
1) Guru sebagai mudarris (pengajar) - menyampaikan ilmu tidak kira apa mata pelajaran tanpa jemu dan bosan. Alangkah malangnya jika guru mudah putus asa dalam menyampaikan ilmu.
2) Guru sebagai muallim (org yg memiliki ilmu) - Kita mesti menguasai bidang yg diajar. Pastikan kita memiliki ilmu dan kefahaman yg benar kerana ilmu yg silap diajar akan ditanggung oleh para pelajar.
3) Guru juga seorang muaddib (pendidik adab dan akhlak) - Guru perlu menyemai sifat terpuji an menyingkirkan sifat-sifat terkeji. Tidak kira apa mata pelajaran yg diajar, guru mestilah mengambil berat didikan adab dan akhlak para pelajar.
4) Guru sebagai murabbi (penjaga/pemelihara) - menjaga keperluan dan kebajikan anak didik kita. Kita perlu ambil tahu kehidupan mereka.
5) Guru sebagai mursyid (pembimbing jalan yg benar) - Tunjukkan kebenaran dan bimbing mereka ke arah kebenaran itu. Bimbing jiwa, perasaan dan pemikiran mereka sentiasa di atas landasan yg benar. Manusia apabila hatinya benar, jalannya akan menjadi lurus. Guru yg mursyid hatinya luhur, amalannya soleh dan keikhlasan terpancar di wajahnya membuatkan pelajar sentiasa mahu mendekatinya
Bagaimana hendak membentuk pelajar jika personaliti kita masih terumbang-ambing antara langit dan bumi? Sematkanlah 5M ini dalam diri kita wahai para sahabatku....
Tugas membentuk generasi bukan tugas yang mudah. Bukan tugas yang dapat dilaksanakan seorang diri bahkan memerlukan komitmen kumpulan. Ayuh kita bergerak sebagai satu pasukan untuk membina generasi yang telah diamanahkan kepada kita. Tidak kira bidang apapun, masing-masing mempunyai peranan. Saling melengkapi antara satu sama lain. Biar masuk syurga sama-sama. Sama-sama merasai nikmat yg sangat agung yang telah dijanjikan Allah SWT. InsyaAllah.
Firman Allah di dalam Surah Ali-Imran ayat 104 yg bermaksud - 'Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah (buruk dan keji). dan mereka yg bersifat demikian ialah orang-orang yg berjaya'.
Perlawanan Futsal 4 penjuru... Kelantan, Kedah, Selangor dan All Star (others)
Apa akan terjadi bila budak KMB pergi KL?????
Lapar lagi malam tu,, apa lg,, Wendy's la plak,, nak cuba burger dia.. sedap la...
Tengok tu muka Ikhwan bila makan Jr Chili.. Sepet habis sebelah mata... sedap sangat... Kepunan aku,,, masalahnya,, itu Jr Chili aku,,, bagi balik Ikhwan..!!!!
Bila Charger laptop rosak!!!
tapi....
aku boleh tido awal,, beg masa seminggu tu sangat ringan sebab tak ada laptop untuk diusung ke sana ke mari..aku lebih sayangkan laptop aku lepas tu.. aku ada masa yang sangat banyak nak buat kerja lain.. hehe
senang cita,,, macam ayah aku kata la,, jangan cepat melatah.. bila laptop rosak,, marah sana sini,, muka masam je seminggu,, lepak la dulu,,, tengok dulu apa yang kita dapat disebalik perkara tu.. mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepada kita.. Fikir balik!!!