Assalamualaikum semua!! Pertama sekali terima kasih@syukran@thank you kepada mr.nizambadboy (ganas betul nama..)sebab invite utk berkongsi di alam maya ni.Tak percaya juga sekarang dah jadi blogger (sblm ni dengar je istilah ni)..maka bolehlah sedikit sebanyak berkongsi rasa dan pandangan dengan semua insyaAllah :)
IRP datang lagi...!!!Dihitung-hitung ni kali ke 9 berjumpa dgn istilah IRP sepanjang di KMB.Kira sepanjang mengajar di KMB la. Walaupun kami guru Agama tak terlibat dalam IRP, tempoh ni amat ditunggu-tunggu sebab utamanya ialah kami boleh BEREHAT seketika. HEHE. Jangan salah faham pulak ye. Walaupun berehat tapi masih mengajar Year 1. Kira kurang jam mengajar jela. Sebabkan IRP jugakla saya sempat mencoret sikit dalam blog ni. Memanfaatkan masa yang terluang dgn sikit perkongsian...
So macamana dgn IRP?? Seronok? Pening? Muak main soalan dan buat latihan? Mesti macam-macam perasaankan. Apapun ambil manfaatnya yang baik...Sedar atau tidak sepanjang IRP ni kita sedang 'bermain' dgn ilmu-ilmu Allah yang MAHA luas. Walaupun namanya Chemistry ke Bio ke Business ke Physics ke semuanya cabang ilmu Allah..Jadi kita sebagai pengejar ilmu Allah jagalah adab2 yang perlu..Bak kata Waki' guru kepada Imam Syafie "Ilmu adalah cahaya..dan cahaya itu tidak memberi hidayah kebaikan kpd orang yg melakukan maksiat."
Pada masa yg sama semasa IRP ni berkongsilah ilmu yg kita miliki. Jangan kedekut ilmu. Biar sama2 berjaya dalam IB exam nanti. Sebab tu dalam post sebelum ni "KITA SEMUA ADALAH GURU" saya cuba kongsikan peranan kita. Walaupun tak jadi guru secara rasmi tapi kita boleh jadi guru sesama sahabat2 kita. Betul tak? Oklah sampai berjumpa lagi di lain coretan jika ada ruang dan peluang utk mencoret...Fi amanillah insyaAllah
ibnhayyi..perpustakaan Semenyih..11.00am
0 comments:
Post a Comment