Monday 28 February 2011 | By: nizam_badboy91

Kursus Kahwin Di KMB

Jom kahwin,,, kali ni saya join kursus kahwin yang dibuat di KMB..
baru 20 tahun dah nak kahwin ke?? mana ada,,, nak jimat masa bila dah kerja nanti.. susah nak dapat cuti masa dah jadi doktor nanti.. selain tu, nak belajar ilmu baru sama,, macam-macam ilmu pasal perkahwinan dapat masa kursus semalam..

Hari pertama kursus, para peserta diajar menjadi insan yang berguna,, antara modul dia ialah ibadah, akhlak, akidah, kesihatan keluarga, kewangan, pengurusan stress dan macam-macam lagi.. secara jujurnya,, mengantuk gak la.. tapi dalam majlis ilmu ni,, hormat la penceramah tu.. sabor je la..

Hari ke-2 sangat best, pasal procedur perkahwinan.. Semua ilmu masa dalam alam perkahwinan... bestkan??? Hari ni sangat best dan lawak,, cerita isteri yang suka membebel, cerita orang asli, dapat tips nak dapat anak lelaki, tips nak kenal anak dara dengan ibu orang.. haha.. tu sengal..

akhirnya,, dapat sijil kursus perkahwinan.. boleh berkahwin dah.. haha.. bukan sekarang.. lepas blajar nanti la... Ibu, tolong carikan boleh tak?? haha
Sunday 27 February 2011 | By: nizam_badboy91

Kisah isteri yang suka membebel

Si isteri kepada sepasang suami-isteri ni suka membebel-bebel. Siang dia membebel, malam dia membebel, makan ke, nak tido ke, nak buat apa semua dia membebel.. lepas 20 tahun berkahwin, si suami dah tak tahan dengan isterinya. Malam itu, si suami mengangkat isterinya dan meletakkan isterinya dalam baldi dan turukkan dalam telaga buruk.

Lepas itu, si suami masuk ke dalam bilik untuk tidur tetapi tidak boleh kerana asyik teringat isterinya yang suka membebel sebelum tidur. Selalunya, si suami akan tertidur lepas penat mendengar bebelan si isteri tetapi malam itu dia terasa sunyi dan tak mampu tidur.

Pada pukul 4 pagi, si suami pergi ke telaga tersebut untuk mengambil kembali isterinya. Bila dia tarik tali untuk mengangkat baldi yang terdapat isterinya itu, dia terasa sangat berat dan semakin berat. Dalam hati si suami, “kenapa berat sangat ni?” tiba-tiba, satu lembaga yang berbulu yang ada dalam baldi tersebut. Si suami terkejut and risau dengan keadaan isterinya.
Lembaga yang berbulu tu berkata kepada si suami,”aku nak naik ke atas, aku dah tak tahan dengar bebelan isteri kau..”. itu la cerita dia.

Cerita ni daripada ustaz masa khusus kahwin kat KMB
Friday 25 February 2011 | By: nizam_badboy91

Kita tak boleh dengki kat orang lain kecuali???

Dalam hadis Rasulullah (hadis sohih) , kita boleh berdengki hanya dengan dua golongan. Golongan pertama ialah orang yang dikurniakan ilmu oleh Allah s.w.t dah disebarkan ilmu itu. Golongna kedua ialah orang yang dikurniakan harta oleh Allah s.w.t dah di’infak’kan harta tersebut.
Kenapa pulak boleh berdengki dengan golongan ni??


Logiknya, jika kita berdengki dengan golongan yang mempunyai ilmu dan menyebarkannya, kita mesti nak sebar ilmu macam orang tadi.. kalau kita nak sebar ilmu jugak, kita kena la ada ilmu.. jadi, kita mesti mendalami ilmu yang kita ada dan mencari ilmu baru. Kan bagus tu.. kalau dah dapat ilmu tu,,, jangan la sombong pulak, kongsi la dengan orang lain. 

Setiap orang mempunyai ilmu yang berbeza. Kalau kita kongsi ilmu dengan orang  lain, orang lain juga akan berkongsi ilmu dengan kita. Lagi bertambah ilmu yang kita dapat.. ilmu bukan macam harta,,, kalau kita ada harta, kita yang kena jaga harta tu. Tapi kalau kita ada ilmu, ilmu tu yang akan menjaga kita. Kalau kita asyik guna harta kita, harta tu akan berkurang, kalau kita asyik gunakan ilmu kita, ilmu tu akan bertambah. Insyallah..



Kalau kita berdengki dengan golongan yang mempunyai harta dan sering infakkan hartanya, kita mesti nak buat macam golongan tu jugak, infak harta.. Ini dapat melatih diri kita supaya rajin bersedekah. “Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.”








 Kalau nak infakkan harta,, infakkan harta yang halal sahaja, harta yang kita tahu asalnya. Sedekah melatih kita menjadi seorang yang pemurah, baik hati. Bayangkan, seorang itu sanggup memberi hartanya untuk orang lain berbanding untuk dirinya. Tapi dengan niat ikhlas kerana Allah, jangan la dengan niat menunjuk-nunjuk. Tak baik tu.

Thursday 24 February 2011 | By: nizam_badboy91

Ambil Gambar Kelas !!

Jom ambil gambar kelas… Lepas berbincang tempat bergambar, maka kami ambil gambar kat depan pintu pagar kolej,,, sebab nak bergambar dengan IB WORLD SCHOOL..

Dah la bau busuk longkang dekat pagar tu,, tahan je la sebab nak bergambar.. dalam gambar, semua senyum,, hakikatnya tengah tahan bau longkang… arrr,, tak tahan dah.. pastu ambik gambar bawah pokok pulak.. pompuan je la bawah,, laki kena panjat pokok.. Adnan tak stabil atas pokok tu, even pusat graviti dia rendah kan (pelik-pelik),  nak jatuh sebab tapak kasut dia licin,,, paling tinggi panjat,, Pali la…


 pastu ambik posisi V …  macam-macam la posisi yang nak ambil gambar,,, Padahal dalam kelas dah berpuluh posisi ambik pagi tu..


Ceramah Jumaat 4

Rindu kedah,, n ustaz ni asal dari Kedah.. Pakat Mai Sini… salah seorang penulis Solusi and host radio IKIM.. cm gempak je..

Mmg lawak gila dia cakap.. keadaan agak tegang sekali lagi sebab dia mengemukakan kembali isu budaya kita amalkan sekarang… apa benda??? Isunya,, suara wanita itu bukan aurat (terkejut ke??), tak salah bercakap ketika azan (cmna tu?? ) , gelak banyak boleh matikan hati (betul ke)..

 
Selepas berbincang dengan ustaz dalam kelas, maka terjawab la semua isu ini. Semuanya betul apa yang ustaz tu cakap.. hujah-hujahnya:-

Suara wanita itu bukan aurat:
Tiada dalil dari Al-quran dan Hadis yang mengatakan suara wanita itu adalah aurat.
Hanya terdapat ayat Al-Quran yang mengatakan janganlah wanita melunakkan suaranya

“Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tundak ( melemah-lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” Surah Al-Ahzab, ayat 32. (Al-Quran Darul Iman)


Bercakap ketika azan..
Kononnya x leh mengucap masa mati kalau cakap ketika azan,,, jenazah berat kalau tido ketika azan… Sebenarnya,, tak wujud pon dalil yang mengatakan perkara ni.. … sedangkan sahabat Nabi pernah berbincang ketika azan.. tapi,, mesti la perkara yang penting..
Pengecualian bercakap ketika azan,,, semasa belajar.. ini kerana belajar itu adalah fardu, azan tu pon fardu,,, Jika dua fardu bertemu, maka dibolehkan seseorang untuk menghabiskan fardu yang dia lakukan dahulu. kalau kita belajar dahulu sebelum azan, maksudnya kita membuat fardu pertama (belajar), maka dibolehkan kita meneruskan fardu yang kita buat dahulu… ada faham????

Gelak banyak boleh matikan hati..
Ini bukan hadis Nabi tetapi kata-kata golongan hukama’ (golongan alim) …… sapa yang sanggup gelak 24 jam..  kejap je dia gelak, pastu penat la… leleh. Sesak nafas dia.. golongan Hukama’ mengeluarkan kata-kata ni sebab mereka merasakan perkara ni baik kerana mereka dah melaluinya.. tak salah bergelak (gurau), Nabi juga bergurau dengan sahabat .. ada sahabat mengatakan dia ternampak gigi Rasullah ketika Rasullah gelak… Nabi jugak seorang yang suka senyum,,, malah yang paling banyak senyum ketika tu..
Bergurau dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kita semua.
(Dari kiri: Azri (baju coklat), Shahzuan (baju biru merah) , Syahin (baju biru) , Adnan (baju oren) dan Pali (baju biru)

Wednesday 23 February 2011 | By: nizam_badboy91

Jom Derma Darah!!!

Tahu tak jangka hayat darah cuma 120 hari (3 bulan je)?? our body will destroyed the "old" erythrocytes (red blood cell) and replaced with the new erythrocytes.. 
Daripada kita membazir je darah tu, asyik kena musnah dalam liver je,,, lebih baik kita derma je... bagi kat orang yang lebih memerlukan...

Bayangkan, orang yang kemalangan dan hilang banyak darah,, hospital pulak tak ada stock darah untuk dia... apalah nasib dia... kesian dia.. senang cita,,, bayangkan kita yang kemalangan tu... Pentingkan derma darah...



 Tadi Pusat Darah Negara datang KMB,,, aktiviti bermusim budak KMB la,, derma darah... 
Aku dengan Adnan pown join la aktiviti ni,,, (cam best je),,, nak buat cmna,, Fadhli baru ambik immunisasi Hapatitis B, Azri selsema... Tinggal aku dengan Adnan je la.. Saringan semua lepas,, yang kesiannya,, ada jugak girls yang nak derma, tapi tak boleh sebab Iron dalam darah dia tak cukup... sory la.. cuba lg musim akan datang...

Masa tunggu giliran (ramai giler), terpandang la seorang doktor ni,, doktor baru... takut tengok dia cucuk orang lain,,, teragak-agak.. tertinggal plaster la.. aduhhh,,, sakit kalau dapat doktor ni... mintak simpang... berat ni dapat doktor camni.. 

Dah tu,, terpandang nurse muda ni (jangan salah faham plak).. Garang giler dia,, ada budak sentuh beg darah pown kena marah,, letak tangan kat kerusi derma darah tu pown kena marah.. nurse lain check beg darah orang yang dia cucuk pown dia tak bagi... Apa kena nurse ni?? Sabor je la (versi hantu kak limah) 

Masa turn aku,, apa lagi,, berdoa la,, mintak-mintak nurse veteran, x sakit sangat.. jangan nurse muda tu or doktor tu... meremang bulu tangan... fuhhh... nasib baik,, dapat nurse veteran, dengan pantas dan tak sakit,,, semuanya berjalan lancar.. yang si Adnan lak dok kacau masa tu,, mentang-mentang la dia habis dulu... Siap la Adnan,,, Ada ubi, ada batas.. ada hari kita boleh makan ubi tu.. Siap la...
Tuesday 22 February 2011 | By: nizam_badboy91

Ceramah Minggu ke-3



Ustaz kali ni lawak gila… dia cikgu kolej mara seremban (KMS). Apa lagi, kuliah kali ni dah jadi cm pertemuan kolej MARA la.. melambung-lambung dia puji KMS, bagus gak la.. sbb dia mmg sayang kolej dia.. tapi kami sayang kolej kami, KMB the best.. Fully IB ok.. tajuk dia lebih kurang untuk motivasi untuk pelajar berjaya. kali ni dia malarang kami daripada tido petang .. betul jugak kan… ada hadis mengatakan perkara ni…

Memang ada hadis ni.. tetapi hadis ini adalah hadis daif(lemah).. mengikut darjat dia, hadis ni boleh dipegang (amal) tetapi tidak boleh digunakan untuk menjatuhkan hokum kerana daif (sama dengan hadis yang mengharamkan alat muzik bertali dan bertiup)… tahu kenapa daif?? Sebab perawi dia tidak kuat ingatan,, (salah satu faktor) 




Tapi tidak elok tido petang sebab bila kita tido petang, otak kita rasa cm pening skit, bangun je terpikir sekarang subuh ke, siang ke, malam ke??? tak betul sekejap… tak caya cuba la.. jadi cam orang sebelah baru tahu...  tapi sekadar nak rehat tu,, boleh la.. 





kan lagi elok kita bersukan, main ping pong ke, badminton ke.. alang-alang nak gaduh,,kita gaduh dalam padang arr.. tgk score sapa yg lagi banyak...haha

PES ke (bola jgk kan walaupun game)…  bila lagi nak bersukan…

Ceramah Malam Jumaat 1


Masa untuk berkuliah, kali ni ustaz dia boleh dikatakan seorang ustaz yang lebih bersifat menjaga.. Respect gak la dia boleh baca al-quran 4 juzuk sehari. Dah la tu, dia latih lah anak di di baca paling kurang 1 juzuk sehari. Tapi tergempar jugak dalam surau bila ustaz tu kata lagu maher zain tak  boleh dengar…

Semua tertanya-tanya la,,cm2 soalan yang timbul.. pasal apa tidak boleh dengar?? Bukan baik ke lagu-lagu dia. Antara alasan ustaz ialah alat muzik yang dia gunakan adalah jenis bertali (gitar).. dia memegang hadis yang mengharamkan alat muzik yang bertali and bertiup.. mmg betul hadis tu wujud. Ustaz ni jugak tidak menggalakkan mendengar lagu-lagu yang diiringi muzik kerana melalaikan.

Lepas berbincang dengan ustaz masa kelas, terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan balik.. hadis yang mengharamkan pergunaan alat muzik bertali dan bertiup itu adalah hadis daif.. hadis daif tidak boleh digunakan untuk membincangkan hukum tetapi boleh dipegang sebab itu adalah hadis…

Lepas berbincang isu ni, saya anggap bolehnya atau haramnya muzik itu terletak atas kita sendiri.. bukannya sifatnya alat muzik itu yang menjadikan dia haram tetapi tujuan kita menggunakan alat muzik itu.. klu kita guna anak muzik untuk tujuan yang diharamkan syarak, maka haramlah dia.. itu je... dimudahkan lg analogi dia,, pisau tu tak haram, tapi bila kita guna pisau itu untuk bunuh orang, maka haramlah pisau tu... 

Pasal Maher Zain pulak, menyanyi itu adalah bakat dia untuk menyebarkan dakwah.. Pada saya, tak salah sebab itu adalah kemampuan dia untuk menyebarkan Islam seluruh dunia.. malah ada lagu Maher Zain yang mengandungi doa Nabi.. kan bagus tu.. disebabkan menjadi lagu,, ramai yang dah tahu berdoa.. (lagu Barakah Allah Lakuma)


Apa pendapat anda??
Monday 21 February 2011 | By: nizam_badboy91

Berlagaknya mamat ni..

Masa minggu orientasi kat KMB, terjumpa la member lama kat kem lalat dulu (kem PRS), Adnan & Afiq XY.. aduhhh... asal la Adnan ni kelolo sangat ni.. euphoria ke mamat ni???

Pas minggu orientasi, kami kena susun masuk dalam kelas.. Afiq XY dapat kelas M09A skali dgn member skolah SAINA dl, Azuan. Adnan lak dipanggil jadi orang pertama untuk M09B, dia pown baca la nama member-member kelas M09B, (ciri-ciri ketua kelas selama 4 sem), tiba-tiba dia sebut,,,
Muhammad Akmal Nizam... Aduh.. asal depan sangat kalas aku ni.. dah la kena kumpul atas pentas masa tu... Cuak pergi depan, tapi pretend je la hati kering..

Maka semua pown berkenalan.. macam2 nickname aku bagi kat member aku, awal2 lg dah buat hal... sebelah aku ni ada la sorang mamat rambut panjang, (tgh pretend hati kering ni) nak berkenalan la dgn dia, sombong sial mamat tu.. Nama saya SYAHIN... haha.. tahan la 2-3 jam je sombong dia.. pastu,, 

cm haprap jugak la perangai dia.. paku orang je la.. silap cakap, siap arr ... apapown, dia ni malu dgn pompuan,, al maklum la budak SASER, laki semua... nasib baik dia daftar KMB dalam keadaan laki lg,, 
seminggu je,, maka perangai dia menjadi-jadi serata KMB.. tersebar la nama BAKAU... aka Syahin...Ingat lg x syahin??? haha aku la mamat duduk sebelah kau masa atas pentas tu n sem 1...
(dari kiri: Adnan, Syahin and Azri)

Bermulanya Sebuah Perjalanan


Welcome To The Club
21/6/2009
Mmg special tarikh ni,, daftar kat KMB (Kolej MARA Banting)

Cuak gila masa mula masuk,, semua muka pandai2... tanya je brapa SPM, 10A1.. sakit nak hidup kat sini..
happy gila dapat offer dari MARA tuk study kat NUMed. (Newcastle Malaysia)
ingat bleh fly la, sbb Newcastle, padahal, eemmmm.  Welcome to Johor.. huhu



Sedih gila time tu.. cm nak cabut lari buat degree cikgu biology kat UK
thank to my IBU,, dia pesan cmni,,
Adik (my special name, huhu) kena ingat apa cita-cita adik dulu,, 
jangan sbb x leh fly, adik x mau jadi doktor sbb blajar local,
mmg la cita-cita adik nak fly, 
klu adik ambik biasiswa pendidikan, adik mmg happy kat UK for the first 5 years,
But 50 years after that?? Ibu sambung lg,
Biar tersiksa 5 tahun kat Johor, tapi 50 tahun pas tu happy sbb tu cita-cita asal..
Korban impian untuk cita-cita, untuk mendapat bahagia masa hadapan, 
Jangan korban cita-cita untuk impian, mesti menyesal. 

Finally, ikut nasihat ibu..
x rugi ikut nasihat ibu kita... sbb dia bagi nasihat mmg untuk kebaikan kita
jangan ingat ibu/bapa kita nak seksa kita
love my IBU and ABAH..

Welcome to IB (International Baccalaureate) world.. 

A Great Journey Start With The First Step

Sebenarnya niat nak buat blog ni sbb nak kongsi ilmu masa dalam kelas agama. 
Tapi agak terlambat la sbb dah last sem dah sekarang.. 
tapi nekad jugak sbb rasa cam seronok bleh kongsi ilmu. 


Selain tu, nak kongsi jgk pengalaman yang macam-macam.. 
Klu boleh, nak start dari dulu lg, tapi nak buat cmna, x sampai seru lg.. hehe.
Hopefully everything will be fine and I hope i can share a benefit knowledge with all of us..