Jika kita bercita-cita menjadi seorang jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74 peratus jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya. Jika bercita-cita menjadi jutawan di akhirat, jalannya terbentang luas. Kita telah berada di landasan yang betul....
Apa tugas kita sebenarnya? Sarjana Islam telah menggariskan beberapa peranan guru muslim antaranya :
1) Guru sebagai mudarris (pengajar) - menyampaikan ilmu tidak kira apa mata pelajaran tanpa jemu dan bosan. Alangkah malangnya jika guru mudah putus asa dalam menyampaikan ilmu.
2) Guru sebagai muallim (org yg memiliki ilmu) - Kita mesti menguasai bidang yg diajar. Pastikan kita memiliki ilmu dan kefahaman yg benar kerana ilmu yg silap diajar akan ditanggung oleh para pelajar.
3) Guru juga seorang muaddib (pendidik adab dan akhlak) - Guru perlu menyemai sifat terpuji an menyingkirkan sifat-sifat terkeji. Tidak kira apa mata pelajaran yg diajar, guru mestilah mengambil berat didikan adab dan akhlak para pelajar.
4) Guru sebagai murabbi (penjaga/pemelihara) - menjaga keperluan dan kebajikan anak didik kita. Kita perlu ambil tahu kehidupan mereka.
5) Guru sebagai mursyid (pembimbing jalan yg benar) - Tunjukkan kebenaran dan bimbing mereka ke arah kebenaran itu. Bimbing jiwa, perasaan dan pemikiran mereka sentiasa di atas landasan yg benar. Manusia apabila hatinya benar, jalannya akan menjadi lurus. Guru yg mursyid hatinya luhur, amalannya soleh dan keikhlasan terpancar di wajahnya membuatkan pelajar sentiasa mahu mendekatinya
Bagaimana hendak membentuk pelajar jika personaliti kita masih terumbang-ambing antara langit dan bumi? Sematkanlah 5M ini dalam diri kita wahai para sahabatku....
Tugas membentuk generasi bukan tugas yang mudah. Bukan tugas yang dapat dilaksanakan seorang diri bahkan memerlukan komitmen kumpulan. Ayuh kita bergerak sebagai satu pasukan untuk membina generasi yang telah diamanahkan kepada kita. Tidak kira bidang apapun, masing-masing mempunyai peranan. Saling melengkapi antara satu sama lain. Biar masuk syurga sama-sama. Sama-sama merasai nikmat yg sangat agung yang telah dijanjikan Allah SWT. InsyaAllah.
Firman Allah di dalam Surah Ali-Imran ayat 104 yg bermaksud - 'Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah (buruk dan keji). dan mereka yg bersifat demikian ialah orang-orang yg berjaya'.
0 comments:
Post a Comment