Thursday 31 March 2011 | By: nizam_badboy91

Perlawanan Futsal 4 penjuru... Kelantan, Kedah, Selangor dan All Star (others)

Petang tadi,, berlangsunglah perlawanan futsal antara 4 kumpulan pelajar di KMB... Kumpulan Kelantan, Kedah Selangor dan All Stars (negeri-negeri lain)... Selepas 6 perlawanan berakhir,, inilah keputusannya

Kedah telah bertemu dengan Kelantan di perlawanan akhir untuk menentukan siapakah juara futsal. Kedua-dua belah pihak saling serang sehinggalah Syahin (kelantan) menjaringkan gol kemenangan.. Banyak kali Kedah menyerang tetapi dapat diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan.. Hebat perlawanan akhir ni!!!!! Penjaring terbanyak perlawanan ini adalah Syahin dengan 5 jaringan..


Sejarah berulang apabila Kedah telah dikalahkan oleh Kelantan dengan 1 gol sahaja... itu adalah perlawanan yang sangat-sangat ditunggukan... Kepada Kelantan,, tahniah kepada anda kerana berjaya menjuarai perlawanan futsal ni.. Kepada Kedah, Kedah pantang kalah.. kita cuba lagi lain kali... Pulun Kedah Pulun..
Kepada All Star,, sangat berbangga dengan kumpulan ini sebab pemain dia campur 11 negeri bersekutu.. Semangat negeri  tidaklah sekuat  seperti Kelantan, Kedah dan Selangor namun berjaya mengalahkan Selangor. Lebih membanggakan, selepas Kelantan Vs All Star,,, pasukan All Star tidak berehat malah teruskan permainan dengan berlawan dengan Selangor, dan mengalahkan dengan 2 gol.. Kepada Selangor,, permaianan yang menarik dan anda boleh mencuba lagi di lain masa... 

Kedah bertemu Selangor ( Kedah 2-0 Selangor)

Kelantan bertemu All Star ( Kelantan 2-0 All Star)

Aksi pemain Kelantan dan All Star

All Star bertemu Selangor (All Star 2-0 Selangor)

Geng Kedah...... and Kelantan 

Sepakan mula permainan pasukan Kedah bertemu Kelantan (Kedah 0-1 Kelantan)

Rembatan daripada Kpt Pijol,, (Kedah)

Kelantan membuat serangan di kawasan Kedah...


Semalam, berlangsungnya perlawanan antara bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Ini adalah keputusan perlawanan tersebut..
Kepada pelajar SBP, tahniah kerana menang pertandingan tersebut dan kepada pelajar MRSM, cuba lagi...
Apapun,, kita tetap pelajar KOLEJ MARA BANTING (KMB)..


Majulah sukan untuk negara, KMB dan MARA...
Sunday 27 March 2011 | By: nizam_badboy91

Apa akan terjadi bila budak KMB pergi KL?????

Hari jumaat lepas pergi law yat untuk beli charger baru, sempat la survey barang-barang electronic ni.. iPad 2, laptop terbaru, harkdisk,, best giler..... klu boleh,  tak mau balik KMB.. tiba-tiba teringat 2 benda,, Adnan nak balik Shah Alam pukul 4 petang dan kami tak makan lagi.. SO, kami singgah la ke Times Square lepas hantar Adnan ke monorel...

Punya la lapar sebab tak makan tengahari tu,, kami makan di Marrybrown sebab ada nasi,, kenyang la skit.. Pali dengan Acca pulak pesan sampai 2 set... Jamu orang sebelah la lepas tu.. hehe Tiba-tiba,, baru tersedar,, PENDRIVE HILANG!!!! semua kerja dalam tu.. 

ini la budak IB, bila escalator tu naik ke atas,, kami lari turun ke bawah (lawan arus).. escalator tu turun, kami lari naik... tak tahu la nak jadi apa dengan budak KMB ni , termasuk aku.. dah la kat Times Square...  



 Lapar lagi malam tu,, apa lg,, Wendy's la plak,, nak cuba burger dia.. sedap la...












Tengok tu muka Ikhwan bila makan Jr Chili.. Sepet habis sebelah mata... sedap sangat... Kepunan aku,,, masalahnya,, itu Jr Chili aku,,, bagi balik Ikhwan..!!!!


Tengok la muka sorang-sorang,, aduhai kesian,,, nak makan tak mampu,,, tengok ke sushi tu.. Sebenarnya masa ni tengah tunggu raket Ikhwan dan Faiz (hadiah harijadi dia) siap,, sempat lagi bergambar...

Bila Charger laptop rosak!!!

minggu lepas adalah minggu yang paling tension.. hidup tanpa laptop,, seminggu!!! tak boleh buat latihan IB bank,, tak boleh rujuk IB Text Book, tak boleh siapkan gambar kelas dan page untuk arwah Jannah tuk Laureate.. macam-macam tak boleh buat...

tapi....
aku boleh tido awal,, beg masa seminggu tu sangat ringan sebab tak ada laptop untuk diusung ke sana ke mari..aku lebih sayangkan laptop aku lepas tu.. aku ada masa yang sangat banyak nak buat kerja lain.. hehe

senang cita,,, macam ayah aku kata la,, jangan cepat melatah.. bila laptop rosak,, marah sana sini,, muka masam je seminggu,, lepak la dulu,,, tengok dulu apa yang kita dapat disebalik perkara tu.. mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepada kita.. Fikir balik!!! 

Tertunaikah doa kita?

Allah nenunaikan doa kita dalam 3 cara, Allah tunaikan terus doa tersebut, Allah tidak memberikan permintaan kita tetapi menggantikan dengan perkara yang lebih baik dan Allah menyimpan untuk keadaan yang lebih baik.

Kita selalu kecewa ketika Allah tidak menunaikan doa kita ketika kita sangat memerlukan pertolongan Allah sedangkan Allah telah menggantikan doa kita dengan berkara yang lebih baik.Periksalah kehidupan kita semula, Allah selalu memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita inginkan, bersyukurlah kita.

ini cerita zaman Nabi...
Ummu Salamah adalah isteri kepada Abu Salamah. Abu Salamah adalah suadara susuan dengan Rasullah SAW. Ketika Abu Salamah meninggal, Ummu Salamah teringat doa yang Rasullah berikan ketika ditimpa bencana dan dia membacanya. Ummu Salamah tidak membayangkan orang yang lebih baik dari Abu Salamah, suaminya yang tercinta.Siapa sangka, tidak lama selepas itu, dia dipinang oleh Rasullah sendiri.Masyallah, orang yang paling mulia di atas muka bumi ini.

Dalam hidup kita sebagai pelajar ni,, kita janganlah kecewa jika Allah tidak tunaikan doa kita.. contohnya, seminggu sebelum kuiz,, kita berdoa la supaya mudah melajar dan ingat apa yang dibaca.. tiba-tiba, bila dapat keputusan, teruk.. kita sedih.. Bila kita jawab soalan final sem atau final IB,,, kita boleh jawab dengan mudah sebab kita ingat kesalahan kita tu, kita sedar kesalahan kita... akhir sekali,,, kita berjaya.. itukan lebih baik dari betul awal-awal tapi lupa bila exam betul...

Aplikasi ilmu biologi dalam Al-quran

"Barang siapa yang Allah kehendari akan diberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya , nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang naik ke langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang yang tidak beriman."
Surah Al-An’am ayat 125

Aku sangat tertarik dengan ayat ini kerana aku terjumpa ayat ini ketika membelik Quran ketua IRP aku. 
Dalam biologi, tekanan oksigen dalam udara akan berkurang jika kita memanjat gunung yang tinggi.
Jika kita tinggal di tanah rata di paras laut, hemoglobin (darah merah ) dapat mengambil 4 oksigen molecules untuk dibawa seluruh badan kita. Tetapi jika kita mendaki gunung yang tinggi, tekanan udara sangat rendah dan menyebabkan tekanan oksigen turut rendah. Akibatnya, hemoglobin hanya dapat mengambil oksigen kurang daripada 4 molecules. 

Ini yang menyebabkan kita sesak nafas ketika kita mendaki gunung yang sangat tinggi. Sama dengan ayat Al-Quran atas, “nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang naik ke langit”
Bagi saya, ayat “naik ke langit” itu seolah-olah kita sedang mendaki atau berada di ketinggian yang sangat tinggi.. sebab perkataan “langit” tu..

Sangat seronok sebab dapat jumpa ayat Quran yang dapat dikaitkan dengan sains dengan sendiri. 

Cap jari dalam Quran

"(Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna."
Surah Qiyamah Ayat 4

Allah menekankan jari jemari dalam surah ini kerana mempunyai makna yang sangat istimewa. Cap jari setiap orang sangat berbeza walaupun kembar seiras atau kembar siam. Setiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini mempunyai set cap jari yang tersendiri. Ini menjadikan cap jari digunakan sebagai identiti dalam kad pengenalan kita dan system ini digunakan seluruh dunia.

Keunikan cap jari hanya dapat diketahui manusia pada lewat kurun ke-19 sedangkan Allah telah memberitahu mengenainya berkurun sebelum itu. 

DOA????

Bila kita tanya kenapa kita berdoa?? Ramai akan menjawab mereka berdoa sebab ingin menyampaikan hasrat mereka atau meminta sesuatu kepada Allah..

Pada saya, kita tujuan utama kita berdoa bukanlah untuk meminta sesuatu kepada Allah tetapi kita berdoa sebab itu tanda kita sebagai hamba-Nya dan kepada Allah sahaja kita berharap..

Kalau kita tidak berdoa pun, Allah tetap tahu niat kita, Alalh tahu terasaan kita, Allah tahu apa yang kita hendakkan,, ini kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Allah jugalah Maha Pencipta sekalian alam. Allah tahu keadaan kita. Allah tahu keadaan kita yang susah, dah kita berdoa kepada Allah untuk menunjukkan kita hamba-Nya dan kita lemah dan perlukan pertolongan-Nya.

sesuailah dengan ayat Al-Quran kat bawah ni.. 

"Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang (mampu) menghilangkannya malainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Surah Al An’am. Ayat 17
Monday 14 March 2011 | By: Fadhli

Post Pertama!!!!

Assalamualikum..... Ini adalah tulisan hasil pujukan mmber yg berpesan kepada aku "share la sikit ilmu kalau ko ade....lagi baik kalau ilmu tu ilmu agama...." mengenangkan kata-kata si dia....ak pn tulis kat blog ni..... Hari ni aku dh masuk ari ke-3 ak kat kolej mara ni......sunyi sepi x de orang....nk kata bosan tu mmg sure la...tp Alhamdulillah sbb mase banyak dihabiskan dgn bace Langit petang n bwat chemistry..... Bile dh sunyi sepi kat kolej ni mula la rse banyak mase yang Allah bagi, padahal mase itu same je...24 jam sehari. Tp nk dijadikan cerita mase yang kite gune selama ini berbaloi ke x? Selama dh idop 20 tahun ni kadang-kadang terpikir pasal mati, tp rasa kesal dan insaf tu bertahan sekejap aje sbb dunia sekarang ni penuh dengan 'distraction'. Slalu abis mase main game aje. Tapi kalo pasal agama sikit je spend mase. Tp berdasarkan pemerhatian dalam masyarakat remaje skunk ni, ramai yg merasakan dirinya baik setelah buat hanya setitik kebaikan sahaja. Contohnya, kebanyakan remaje merasa dirinya baik hanya cukup dengan sembahyang, menjaga adab dengan org tua, bace Al-Quran, tetapi ape gunanye kalau sume itu untuk ditayangkan kepada orang lain. Sedarlah semua bahawa setiap amalan kita akan dinilai samada baik atau buruk dan juga tujuan amalan tersebut dilakukan. Sekiranya ianya dilakukan untuk riak dan menunjuk2 maka sia2 je la apa yang kita buat. Sebelum pergi lebih jauh, nk sentuh sikit pasal orang yang membaca Al-Quran. Pada pendapat aku, orang yang slalu baca Quran adalah baik, tapi kebanyakan orang hanya sekadar membaca tanpa mengetahui isi dan maknanya. Tidakkah itu sia2, apasalahnya selepas baca Quran tu bukak terjemahan, paling tidak pun dapat jugak paham apa yang dibaca. Alamak dh azan asar.....nnti la sambung.... Assalamualikum.
Tuesday 8 March 2011 | By: nizam_badboy91

Ujian Math dan Ujian Allah

Hari ini cikgu bagi balik test math kertas 1, ada yang sedih, ada yang “blur”, ada yang happy. Macam-macam perangai tadi..

Kepada yang bersedih,
Sahabatku, kenapa anda bersedih?? Sebab markah rendah?? Janganlah sedih sebab markah rendah tetapi sedihlah sebab anda yang membuatkan markah math itu rendah. Tetapi gembiralah anda sebab ini cuma test, bukan final IB. Ubahlah kesedihan sekarang menjadi kegembiraan masa hadapan ketika mengambil keputusan final IB nanti.

Kepada yang gembira,
Sahabatku, itu adalah habuan anda setelah berusaha keras dan bergembiralah, tetapi janganlah melampaui batas sehingga tinggal latihan math sebab dapat markah tinggi. Istiqomah lah dalam berusaha dan kekalkan markah tinggi itu.Tahniah untuk anda kerana markah tinggi.

Kepada sesiapa yang mendapat markah rendah setelah berusaha gigih.
Sabahatku, ketahuilah anda itu hanyalah ujian dari Allah untuk anda. Ketahuilah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Allah hanya menyimpan kejayaan anda itu kepada masa yang lebih baik. Kemungkinan kejayaan sekarang akan melalaikan anda, maka disimpan kejayaan tersebut supaya anda lagi berusaha dan tidak lalai. Jika anda terus berusaha, Insyallah Allah akan memberi kembali kejayaan kita itu masa mendapat keputusan final IB nanti.

Ingatkah kita masa SPM dahulu, kita hanyalah pelajar biasa yang bukan dalam senarai pelajar yang akan mendapat Straight A’s. Tetapi berkat usaha kita, keajaiban berlaku bila nama kita dalam senarai pelajar yang mendapat Straight A’s. Itulah kejayaan yang disimpan oleh Allah untuk kita. Peristiwa tersebut berulang sekarang, carilah kembali semangat kita semasa SPM dahulu, semangat yang berkobar-kobar, tidak faham apa itu kegagalan, tidak pernah berundur dari jalan kejayaan. 

Apa sebenarnya niat kita belajar??

Ramai orang kata lepas peperiksaan, aku nak jual buku, aku nak lupakan semuanya. Kita belajar kerana peperiksaan sahaja ke?? Tak pernah ke kita terfikir nak selami, fahami ilmu Allah ini?? Kalau semua orang berfikir nak belajar sebab peperiksaan , maka tiada ilmu sekarang ini. Tiada ilmuan Islam, Ibnu Sina, Khwarizmi, atau Ibnu Battuta.

Sebab apa ilmuan islam tetap belajar walaupun tiada peperiksaan?? Bagi saya, sebab mereka faham bahawa belajar itu adalah ibadah.. Ibadah yang mengeratkan hubungan mereka dengan Allah. Mengharapkan keredaan daripada Allah. Ingatlah, ilmu itu penyuluh hati..




Kenapa apa yang kita baca sukar kita ingat?? Mungkin sebab niat kita tidak betul. Belajarlah kerana Allah, Ikhlas kerana-Nya, sesungguhnya Allah akan permudahan kita mendapat Ilmu-Nya. Ini asyik baca sebab ada kuiz je,, habis je kuiz tu, habis la ilmu kita.


“Bacalah dengan (menyebut) mana Tuhanmu yang menciptakan”
Surah Al-Alaq ayat 1. (ayat pertama Al-Quran)

 Ilmu Allah itu indah, lagi indah jika kita dapat satukan kesemua ilmu-Nya. Contohnya, dalam biologi, hormone prostaglandin terhasil bila seseorang ibu itu hendak bersalin. Berlaku rengganan otot di rahim si ibu disebabkan oleh prostaglandin supaya bayi dapat dikeluarkan. Dalam kimia, bius (mild analgesic), akan menghalang penghasilan hormone prostaglandin dan secara tidak langsung akan mengurangkan kesakitan. Ini disebabkan prostaglandin akan memberi rasa sakit kepada badan kita.

Bila kita kaitkan ilmu ini, dapatlah saya simpulkan bahawa seorang ibu yang hendak bersalin itu akan berasa sangat sakit disebabkan oleh hormone prostaglandin ini dimana hormone ini akan membantu dalam melahirkan bayi setelah rahim ibu sebesar hampir 10cm dan dalam masa yang sama memberi rasa sakit yang amat sangat.. Itulah jawapan kepada persoalan kenapa ibu berasa sangat sakit ketika bersalin…

Perangai manusia

Hari Jumaat lepas, aku and the geng pergi ke Alamanda. Aku dengan pali berpecah sebab member yang lain ada hal dengan Ms Shereen. Aku ke kedai potong rambut sebab rambut dah panjang sangat, ramai cikgu dah tegur. Orang yang potong rambut aku tu perempuan, muka dia masam sangat. Tak pernah senyum langsung masa potong rambut tu.. Mungkin dia ada masalah peribadi, siapa tahu…

Datang pula ibu dengan seorang anak perempuan dalam kedai itu. Fuhh,, berdandan sungguh budak kecik tu. Agak-agak la, budak perempuan tu baru berusia 3-4 tahun. Perlukan 2 orang untuk memdandan rambut budak kecik tu.. gaya macam orang dewasa si kecik tu, baca majalah fashion . memang lawak la budak tu, bayangkan majalah yang besar tu dengan tangan dia yang kecik tu. Pendapat peribadi, janganlah kita mendidik anak perempuan kita bergaya sangat di luar rumah. Bukan ada, takut bila dia besar nanti, dia pentingkan gaya rambut sehingga tidak memakai tudung sedangkan itu adalah aurat dia.

Terpandang pula pasang kekasih di sebelah, si perempuan ni asyik beleter je. Macam-macam dia ungkit, kerja la, tempat tinggal la.. fuhh.. teman lelaki dia senyap je macam ayam nak kena sembelih.. Habis je si perempuan tu basuh rambut, tiba-tiba terdengar dia kata “sayang, okey tak rambut saya”.  Tak faham betul la perempuan ni,, sebenarnya dia nak marah ke nak pujian??? Ke nak dua-duanya.. ???!!  Bukan menyibuk tapi si perempuan tu cakap kuat sangat, satu kedai dengar.

Habis je potong rambut, aku dengan pali pergi beli Famous Amos. Lapar la.. Andan call, “Mal, tolong pergi beli tiket yang cerita Mechanic pukul 7.45 pm. Ikutkan pangkat, ikut je la arahan Adnan. Wayang tetap wayang, sembahyang tetap no.1.. terharu rasa hati bila tengok surau Alamanda penuh, melimpah dengan orang yang nak sembahyang maghrib. Berapa kali bertukar imam. Dalam surau tu dah macam tin sardine tapi sebagai hamba yang taat, dahulukan sembahyang dari perkara lain.
Habis je wayang pukul 9.15 pm, berlari kami cari barang dapur (keperluan) dan balik lepas tu..  

Kemenangan Tentera Byzantine yang tidak disangka.

Tentang masa hadapan yang diceritakan dalam Quran

2) Bangsa Romawi telah dikalahkan,
3) Di negeri yang terdekat dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang
4) Dalam beberapa tahun lagi, bagi Allah-lah urusan sebelum dan setelah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.

 (Surah Ar-Ruum Ayat 2-4)


Ayat-ayat ini diturunkan kira-kira pada tahun 620 Masihi, hampir tujuh tahun setelah kekalahan hebat Kristian Byzantine di tangan bangsa Persia, ketika Kristian Byzantine kehilangan Yerusalem.

Dalam ayat ini, Allah mengatakan tentera Rom akan menang setelah beberapa tahun lagi sedangkan ketika itu setelah Rom sangat menderita sehinggakan sukar mengekalkan kewujudan mereka. ukan setakat Parsi yang memberi tekanan terhadap Rom, malah Avars, Slavs dan Lombards turut memberi tekanan kepada Rom ketika itu. Pemerintah Rom ketika itu mengarahkan emas dan perak di gereja dileburkan untuk dijadikan duit membeli barangan perang.

Banyak gabenor telah memberontak menentang pemerintah Rom dan empayar Rom hampir jatuh ketika itu. Mesopotamia, Silesia, Syria, Palestin, Mesir, dan Armenia yang sebelum ini menjadi jajahan Byzantine telah dijajah oleh tentera Parsi.

Sekitar 7 tahun setelah diturunkannya ayat pertama Surat Ar Ruum tersebut, pada Desember 627 Masihi, perang penentu antara Kristian Byzantine dan Persi terjadi di Nineveh. Dan kali ini, pasukan Byzantine secara mengejutkan mengalahkan pasukan Persi. Beberapa bulan kemudian, Persi harus membuat perjanjian dengan Byzantine, yang mewajibkan mereka untuk mengembalikan wilayah yang mereka ambil dari Byzantine.

Akhirnya, "kemenangan bangsa Romawi" yang diumumkan oleh Allah dalam Al Qur'an, secara ajaib menjadi kenyataan.


Keajaiban lain yang diungkapkan dalam ayat ini adalah pengumuman tentang fakta geografi yang tidak dapat ditemukan oleh sesiapa ketika itu.


Dalam ayat 3 Surat Ar Ruum, diberitakan bahwa Romawi telah dikalahkan di daerah paling rendah di bumi ini. Ungkapan "Adna al Ard" dalam bahasa Arab, ditafsirkan sebagai "tempat yang dekat" dalam banyak terjemahan. Namun ini bukanlah makna sastera  dari kalimat tersebut, tetapi lebih berupa penafsiran langsung. Kata "Adna" dalam bahasa Arab diambil dari kata "Dani", yang berarti "rendah" dan "Ardl" yang berarti "bumi". Oleh itu, ungkapan "Adna al Ard" bermaksud "tempat paling rendah di bumi".


Peristiwa penting dalam peperangan antara Kristian Byzantine dan Persi, ketika Byzantine dikalahkan oleh tentera Parsi dan kehilangan Jerusalem terjadi di titik paling rendah di bumi. Wilayah yang dimaksudkan ini adalah kawasan Laut Mati, yang terletak di titik pertemuan wilayah yang dimiliki oleh Syria, Palestin, dan Jordan. "Laut Mati", terletak 395 meter di bawah permukaan laut, adalah daerah paling rendah di bumi.
Ini berarti bahawa Byzantine dikalahkan di bahagian paling rendah di bumi, seperti dikemukakan dalam ayat ini.


Ketinggian Laut Mati hanya mampu diukur dengan teknik pengukuran moden. Mustahil bagi siapapun untuk mengetahui Laut Mati adalah wilayah terendah di permukaan bumi. Namun, dalam Al Qur'an, daerah ini dinyatakan sebagai titik paling rendah di atas bumi.

Friday 4 March 2011 | By: nizam_badboy91

Bila pelajar menjadi doktor

Masa lab biologi hari tu, kami diberi 2 jantung lembu (sebab besar dan senang dapat), maka aku pun mengambil jantung yang paling besar. Cikgu kami bagi masa untuk melihat luaran jantung dan kenalpasti ciri-ciri yang terdapat kat jantung tu. Bila cikgu bagi kebenaran untuk bedah jantung tu,, itulah saat yang sangat dinantikan.


Pali potong bahagian tengah jantung dan aku teruskan usaha pali .. maka terbukak la jantung tu.. bermula la bedah siasat kami.. kami mempunyai seorang doctor bedah siasat, iaitu Dr Adnan. Berwibawa je muka Dr Adnan ni,, bakal seorang doktor lulusan Ireland.. haha

 Selepas bedah diasat, Dr Adnan membuat pengesahakan mengenai penyakit yang menyebabkan lembu tu mati (selain disembelih).





Mengikut Dr Adnan, lembu tu mati disebabkan jantung belubang. Tengok tu, besi pun boleh tembus septum (bahagian tengah jantung yang membahagikan kanan dan kiri) jantung tu.Kesian dia, besar lubang dia..





 selain tu, Dr Adnan mengesahkan lembu tu seekor perokok.. buktinya ialah jantung lembu tu terhakis dan menjadi porous. Mungkin disebabkan banyak hisap asap kereta yang lalu-lalang di kawasan dia meragut rumput. pengajaran disini ialah kurangkan lah pencemaran alam kerana lembu-lembu sekarang semakin sakit.  






Sekian laporan dari Dr Adnan. Untuk keputusan yang lebih tepat, kami (team laki + Min Fern, Kak Pah dan Asilah) telah membelah jantung tersebut menjadi bentuk tapak sulaiman.. lawa.. haha. banyangkan betapa kretifnya kumpulan kami dari sebuah jantung menjadi tapak sulaiman.. Yakinlah, inilah kumpulan perubatan yang terbaik di masa akan datang, 

(kak pah buat ubat untuk lembu yang jantung belubang dan seekor perokok dan min fern cabut gigi lembu yang rosak.) haha.. 

Kejadian Besi (Asal Usul Besi)

Dalam Surah Al Hadid, ayat 25

“....and We sent down iron in which there lies great force in which has many uses for mankind.”

System solar yang kita tinggal sekarang tidak mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menghasilkan besi dengan sediri. Ahli astronomi moden telah mendapat besi yang terdapat di bumi berasal dari bintang yang yang besar di angkasa. Besi berat dihasilkan dari nucleus sebuah bintang yang  sangat besar.Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lagi besar dari matahari dimana suhunya mencecah beberapa ribu million degree.

Bila kuantiti besi dalam bintang tersebut mencecah hadnya, bintang tersebut tidak dapat menahan dan akan meletup yang dikenali sebagai Nova ataupun Letupan Supernove. Akibatnya, meteor yang mengandungi besi tersebut tersebar dalam galaksi sehingga ditarik oleh gravity sesebuah planet termasuklah bumi.

 Ini membuktikan besi tidak dihasilkan di bumi tetapi dihasilkan oleh bintang yang sangat besar dan dihantar ke bumi sepertimana disebut oleh ayat Al-Quran di atas.  

(Gambar ini menunjukkan pemukaan bumi dimana meteor jatuh dari angkasa.) 



Menariknya, surah Al-Hadid adalah surah ke-57  dalam Al-Quran manakala nilai abjad Al-Hadid adalah 57 juga.










Manakala ayat Hadid sahaja mempunyai nilai abjad 26. Jika kita rujuk Periodic table, element (unsur) yang mempunyai nilai 26 ialah Besi (Ferum) .

 betapa besarnya ilmu Allah dalam Al-Quran bagi siapa yang mengkajinya.