"Barang siapa yang Allah kehendari akan diberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya , nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang naik ke langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang yang tidak beriman."
Surah Al-An’am ayat 125
Aku sangat tertarik dengan ayat ini kerana aku terjumpa ayat ini ketika membelik Quran ketua IRP aku.
Dalam biologi, tekanan oksigen dalam udara akan berkurang jika kita memanjat gunung yang tinggi.
Jika kita tinggal di tanah rata di paras laut, hemoglobin (darah merah ) dapat mengambil 4 oksigen molecules untuk dibawa seluruh badan kita. Tetapi jika kita mendaki gunung yang tinggi, tekanan udara sangat rendah dan menyebabkan tekanan oksigen turut rendah. Akibatnya, hemoglobin hanya dapat mengambil oksigen kurang daripada 4 molecules.
Ini yang menyebabkan kita sesak nafas ketika kita mendaki gunung yang sangat tinggi. Sama dengan ayat Al-Quran atas, “nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang naik ke langit”
Bagi saya, ayat “naik ke langit” itu seolah-olah kita sedang mendaki atau berada di ketinggian yang sangat tinggi.. sebab perkataan “langit” tu..
Sangat seronok sebab dapat jumpa ayat Quran yang dapat dikaitkan dengan sains dengan sendiri.
0 comments:
Post a Comment