Tuesday, 8 March 2011 | By: nizam_badboy91

Ujian Math dan Ujian Allah

Hari ini cikgu bagi balik test math kertas 1, ada yang sedih, ada yang “blur”, ada yang happy. Macam-macam perangai tadi..

Kepada yang bersedih,
Sahabatku, kenapa anda bersedih?? Sebab markah rendah?? Janganlah sedih sebab markah rendah tetapi sedihlah sebab anda yang membuatkan markah math itu rendah. Tetapi gembiralah anda sebab ini cuma test, bukan final IB. Ubahlah kesedihan sekarang menjadi kegembiraan masa hadapan ketika mengambil keputusan final IB nanti.

Kepada yang gembira,
Sahabatku, itu adalah habuan anda setelah berusaha keras dan bergembiralah, tetapi janganlah melampaui batas sehingga tinggal latihan math sebab dapat markah tinggi. Istiqomah lah dalam berusaha dan kekalkan markah tinggi itu.Tahniah untuk anda kerana markah tinggi.

Kepada sesiapa yang mendapat markah rendah setelah berusaha gigih.
Sabahatku, ketahuilah anda itu hanyalah ujian dari Allah untuk anda. Ketahuilah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Allah hanya menyimpan kejayaan anda itu kepada masa yang lebih baik. Kemungkinan kejayaan sekarang akan melalaikan anda, maka disimpan kejayaan tersebut supaya anda lagi berusaha dan tidak lalai. Jika anda terus berusaha, Insyallah Allah akan memberi kembali kejayaan kita itu masa mendapat keputusan final IB nanti.

Ingatkah kita masa SPM dahulu, kita hanyalah pelajar biasa yang bukan dalam senarai pelajar yang akan mendapat Straight A’s. Tetapi berkat usaha kita, keajaiban berlaku bila nama kita dalam senarai pelajar yang mendapat Straight A’s. Itulah kejayaan yang disimpan oleh Allah untuk kita. Peristiwa tersebut berulang sekarang, carilah kembali semangat kita semasa SPM dahulu, semangat yang berkobar-kobar, tidak faham apa itu kegagalan, tidak pernah berundur dari jalan kejayaan. 

1 comments:

Post a Comment