Tuesday, 8 March 2011 | By: nizam_badboy91

Perangai manusia

Hari Jumaat lepas, aku and the geng pergi ke Alamanda. Aku dengan pali berpecah sebab member yang lain ada hal dengan Ms Shereen. Aku ke kedai potong rambut sebab rambut dah panjang sangat, ramai cikgu dah tegur. Orang yang potong rambut aku tu perempuan, muka dia masam sangat. Tak pernah senyum langsung masa potong rambut tu.. Mungkin dia ada masalah peribadi, siapa tahu…

Datang pula ibu dengan seorang anak perempuan dalam kedai itu. Fuhh,, berdandan sungguh budak kecik tu. Agak-agak la, budak perempuan tu baru berusia 3-4 tahun. Perlukan 2 orang untuk memdandan rambut budak kecik tu.. gaya macam orang dewasa si kecik tu, baca majalah fashion . memang lawak la budak tu, bayangkan majalah yang besar tu dengan tangan dia yang kecik tu. Pendapat peribadi, janganlah kita mendidik anak perempuan kita bergaya sangat di luar rumah. Bukan ada, takut bila dia besar nanti, dia pentingkan gaya rambut sehingga tidak memakai tudung sedangkan itu adalah aurat dia.

Terpandang pula pasang kekasih di sebelah, si perempuan ni asyik beleter je. Macam-macam dia ungkit, kerja la, tempat tinggal la.. fuhh.. teman lelaki dia senyap je macam ayam nak kena sembelih.. Habis je si perempuan tu basuh rambut, tiba-tiba terdengar dia kata “sayang, okey tak rambut saya”.  Tak faham betul la perempuan ni,, sebenarnya dia nak marah ke nak pujian??? Ke nak dua-duanya.. ???!!  Bukan menyibuk tapi si perempuan tu cakap kuat sangat, satu kedai dengar.

Habis je potong rambut, aku dengan pali pergi beli Famous Amos. Lapar la.. Andan call, “Mal, tolong pergi beli tiket yang cerita Mechanic pukul 7.45 pm. Ikutkan pangkat, ikut je la arahan Adnan. Wayang tetap wayang, sembahyang tetap no.1.. terharu rasa hati bila tengok surau Alamanda penuh, melimpah dengan orang yang nak sembahyang maghrib. Berapa kali bertukar imam. Dalam surau tu dah macam tin sardine tapi sebagai hamba yang taat, dahulukan sembahyang dari perkara lain.
Habis je wayang pukul 9.15 pm, berlari kami cari barang dapur (keperluan) dan balik lepas tu..  

0 comments:

Post a Comment