Ramai orang kata lepas peperiksaan, aku nak jual buku, aku nak lupakan semuanya. Kita belajar kerana peperiksaan sahaja ke?? Tak pernah ke kita terfikir nak selami, fahami ilmu Allah ini?? Kalau semua orang berfikir nak belajar sebab peperiksaan , maka tiada ilmu sekarang ini. Tiada ilmuan Islam, Ibnu Sina, Khwarizmi, atau Ibnu Battuta.
Sebab apa ilmuan islam tetap belajar walaupun tiada peperiksaan?? Bagi saya, sebab mereka faham bahawa belajar itu adalah ibadah.. Ibadah yang mengeratkan hubungan mereka dengan Allah. Mengharapkan keredaan daripada Allah. Ingatlah, ilmu itu penyuluh hati..
Kenapa apa yang kita baca sukar kita ingat?? Mungkin sebab niat kita tidak betul. Belajarlah kerana Allah, Ikhlas kerana-Nya, sesungguhnya Allah akan permudahan kita mendapat Ilmu-Nya. Ini asyik baca sebab ada kuiz je,, habis je kuiz tu, habis la ilmu kita.
“Bacalah dengan (menyebut) mana Tuhanmu yang menciptakan”
Surah Al-Alaq ayat 1. (ayat pertama Al-Quran)
Ilmu Allah itu indah, lagi indah jika kita dapat satukan kesemua ilmu-Nya. Contohnya, dalam biologi, hormone prostaglandin terhasil bila seseorang ibu itu hendak bersalin. Berlaku rengganan otot di rahim si ibu disebabkan oleh prostaglandin supaya bayi dapat dikeluarkan. Dalam kimia, bius (mild analgesic), akan menghalang penghasilan hormone prostaglandin dan secara tidak langsung akan mengurangkan kesakitan. Ini disebabkan prostaglandin akan memberi rasa sakit kepada badan kita.
Bila kita kaitkan ilmu ini, dapatlah saya simpulkan bahawa seorang ibu yang hendak bersalin itu akan berasa sangat sakit disebabkan oleh hormone prostaglandin ini dimana hormone ini akan membantu dalam melahirkan bayi setelah rahim ibu sebesar hampir 10cm dan dalam masa yang sama memberi rasa sakit yang amat sangat.. Itulah jawapan kepada persoalan kenapa ibu berasa sangat sakit ketika bersalin…
0 comments:
Post a Comment