Dalam hadis Rasulullah (hadis sohih) , kita boleh berdengki hanya dengan dua golongan. Golongan pertama ialah orang yang dikurniakan ilmu oleh Allah s.w.t dah disebarkan ilmu itu. Golongna kedua ialah orang yang dikurniakan harta oleh Allah s.w.t dah di’infak’kan harta tersebut.
Kenapa pulak boleh berdengki dengan golongan ni??

Setiap orang mempunyai ilmu yang berbeza. Kalau kita kongsi ilmu dengan orang lain, orang lain juga akan berkongsi ilmu dengan kita. Lagi bertambah ilmu yang kita dapat.. ilmu bukan macam harta,,, kalau kita ada harta, kita yang kena jaga harta tu. Tapi kalau kita ada ilmu, ilmu tu yang akan menjaga kita. Kalau kita asyik guna harta kita, harta tu akan berkurang, kalau kita asyik gunakan ilmu kita, ilmu tu akan bertambah. Insyallah..

Kalau nak infakkan harta,, infakkan harta yang halal sahaja, harta yang kita tahu asalnya. Sedekah melatih kita menjadi seorang yang pemurah, baik hati. Bayangkan, seorang itu sanggup memberi hartanya untuk orang lain berbanding untuk dirinya. Tapi dengan niat ikhlas kerana Allah, jangan la dengan niat menunjuk-nunjuk. Tak baik tu.
0 comments:
Post a Comment