Wednesday, 23 February 2011 | By: nizam_badboy91

Jom Derma Darah!!!

Tahu tak jangka hayat darah cuma 120 hari (3 bulan je)?? our body will destroyed the "old" erythrocytes (red blood cell) and replaced with the new erythrocytes.. 
Daripada kita membazir je darah tu, asyik kena musnah dalam liver je,,, lebih baik kita derma je... bagi kat orang yang lebih memerlukan...

Bayangkan, orang yang kemalangan dan hilang banyak darah,, hospital pulak tak ada stock darah untuk dia... apalah nasib dia... kesian dia.. senang cita,,, bayangkan kita yang kemalangan tu... Pentingkan derma darah...



 Tadi Pusat Darah Negara datang KMB,,, aktiviti bermusim budak KMB la,, derma darah... 
Aku dengan Adnan pown join la aktiviti ni,,, (cam best je),,, nak buat cmna,, Fadhli baru ambik immunisasi Hapatitis B, Azri selsema... Tinggal aku dengan Adnan je la.. Saringan semua lepas,, yang kesiannya,, ada jugak girls yang nak derma, tapi tak boleh sebab Iron dalam darah dia tak cukup... sory la.. cuba lg musim akan datang...

Masa tunggu giliran (ramai giler), terpandang la seorang doktor ni,, doktor baru... takut tengok dia cucuk orang lain,,, teragak-agak.. tertinggal plaster la.. aduhhh,,, sakit kalau dapat doktor ni... mintak simpang... berat ni dapat doktor camni.. 

Dah tu,, terpandang nurse muda ni (jangan salah faham plak).. Garang giler dia,, ada budak sentuh beg darah pown kena marah,, letak tangan kat kerusi derma darah tu pown kena marah.. nurse lain check beg darah orang yang dia cucuk pown dia tak bagi... Apa kena nurse ni?? Sabor je la (versi hantu kak limah) 

Masa turn aku,, apa lagi,, berdoa la,, mintak-mintak nurse veteran, x sakit sangat.. jangan nurse muda tu or doktor tu... meremang bulu tangan... fuhhh... nasib baik,, dapat nurse veteran, dengan pantas dan tak sakit,,, semuanya berjalan lancar.. yang si Adnan lak dok kacau masa tu,, mentang-mentang la dia habis dulu... Siap la Adnan,,, Ada ubi, ada batas.. ada hari kita boleh makan ubi tu.. Siap la...

0 comments:

Post a Comment