Rindu kedah,, n ustaz ni asal dari Kedah.. Pakat Mai Sini… salah seorang penulis Solusi and host radio IKIM.. cm gempak je..
Mmg lawak gila dia cakap.. keadaan agak tegang sekali lagi sebab dia mengemukakan kembali isu budaya kita amalkan sekarang… apa benda??? Isunya,, suara wanita itu bukan aurat (terkejut ke??), tak salah bercakap ketika azan (cmna tu?? ) , gelak banyak boleh matikan hati (betul ke)..
Selepas berbincang dengan ustaz dalam kelas, maka terjawab la semua isu ini. Semuanya betul apa yang ustaz tu cakap.. hujah-hujahnya:-
Suara wanita itu bukan aurat:
Tiada dalil dari Al-quran dan Hadis yang mengatakan suara wanita itu adalah aurat.
Hanya terdapat ayat Al-Quran yang mengatakan janganlah wanita melunakkan suaranya
“Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tundak ( melemah-lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” Surah Al-Ahzab, ayat 32. (Al-Quran Darul Iman)
Bercakap ketika azan..
Kononnya x leh mengucap masa mati kalau cakap ketika azan,,, jenazah berat kalau tido ketika azan… Sebenarnya,, tak wujud pon dalil yang mengatakan perkara ni.. … sedangkan sahabat Nabi pernah berbincang ketika azan.. tapi,, mesti la perkara yang penting..
Pengecualian bercakap ketika azan,,, semasa belajar.. ini kerana belajar itu adalah fardu, azan tu pon fardu,,, Jika dua fardu bertemu, maka dibolehkan seseorang untuk menghabiskan fardu yang dia lakukan dahulu. kalau kita belajar dahulu sebelum azan, maksudnya kita membuat fardu pertama (belajar), maka dibolehkan kita meneruskan fardu yang kita buat dahulu… ada faham????
Gelak banyak boleh matikan hati..
Ini bukan hadis Nabi tetapi kata-kata golongan hukama’ (golongan alim) …… sapa yang sanggup gelak 24 jam.. kejap je dia gelak, pastu penat la… leleh. Sesak nafas dia.. golongan Hukama’ mengeluarkan kata-kata ni sebab mereka merasakan perkara ni baik kerana mereka dah melaluinya.. tak salah bergelak (gurau), Nabi juga bergurau dengan sahabat .. ada sahabat mengatakan dia ternampak gigi Rasullah ketika Rasullah gelak… Nabi jugak seorang yang suka senyum,,, malah yang paling banyak senyum ketika tu..
0 comments:
Post a Comment