Tuesday, 22 February 2011 | By: nizam_badboy91

Ceramah Malam Jumaat 1


Masa untuk berkuliah, kali ni ustaz dia boleh dikatakan seorang ustaz yang lebih bersifat menjaga.. Respect gak la dia boleh baca al-quran 4 juzuk sehari. Dah la tu, dia latih lah anak di di baca paling kurang 1 juzuk sehari. Tapi tergempar jugak dalam surau bila ustaz tu kata lagu maher zain tak  boleh dengar…

Semua tertanya-tanya la,,cm2 soalan yang timbul.. pasal apa tidak boleh dengar?? Bukan baik ke lagu-lagu dia. Antara alasan ustaz ialah alat muzik yang dia gunakan adalah jenis bertali (gitar).. dia memegang hadis yang mengharamkan alat muzik yang bertali and bertiup.. mmg betul hadis tu wujud. Ustaz ni jugak tidak menggalakkan mendengar lagu-lagu yang diiringi muzik kerana melalaikan.

Lepas berbincang dengan ustaz masa kelas, terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan balik.. hadis yang mengharamkan pergunaan alat muzik bertali dan bertiup itu adalah hadis daif.. hadis daif tidak boleh digunakan untuk membincangkan hukum tetapi boleh dipegang sebab itu adalah hadis…

Lepas berbincang isu ni, saya anggap bolehnya atau haramnya muzik itu terletak atas kita sendiri.. bukannya sifatnya alat muzik itu yang menjadikan dia haram tetapi tujuan kita menggunakan alat muzik itu.. klu kita guna anak muzik untuk tujuan yang diharamkan syarak, maka haramlah dia.. itu je... dimudahkan lg analogi dia,, pisau tu tak haram, tapi bila kita guna pisau itu untuk bunuh orang, maka haramlah pisau tu... 

Pasal Maher Zain pulak, menyanyi itu adalah bakat dia untuk menyebarkan dakwah.. Pada saya, tak salah sebab itu adalah kemampuan dia untuk menyebarkan Islam seluruh dunia.. malah ada lagu Maher Zain yang mengandungi doa Nabi.. kan bagus tu.. disebabkan menjadi lagu,, ramai yang dah tahu berdoa.. (lagu Barakah Allah Lakuma)


Apa pendapat anda??

0 comments:

Post a Comment