Sunday, 27 February 2011 | By: nizam_badboy91

Kisah isteri yang suka membebel

Si isteri kepada sepasang suami-isteri ni suka membebel-bebel. Siang dia membebel, malam dia membebel, makan ke, nak tido ke, nak buat apa semua dia membebel.. lepas 20 tahun berkahwin, si suami dah tak tahan dengan isterinya. Malam itu, si suami mengangkat isterinya dan meletakkan isterinya dalam baldi dan turukkan dalam telaga buruk.

Lepas itu, si suami masuk ke dalam bilik untuk tidur tetapi tidak boleh kerana asyik teringat isterinya yang suka membebel sebelum tidur. Selalunya, si suami akan tertidur lepas penat mendengar bebelan si isteri tetapi malam itu dia terasa sunyi dan tak mampu tidur.

Pada pukul 4 pagi, si suami pergi ke telaga tersebut untuk mengambil kembali isterinya. Bila dia tarik tali untuk mengangkat baldi yang terdapat isterinya itu, dia terasa sangat berat dan semakin berat. Dalam hati si suami, “kenapa berat sangat ni?” tiba-tiba, satu lembaga yang berbulu yang ada dalam baldi tersebut. Si suami terkejut and risau dengan keadaan isterinya.
Lembaga yang berbulu tu berkata kepada si suami,”aku nak naik ke atas, aku dah tak tahan dengar bebelan isteri kau..”. itu la cerita dia.

Cerita ni daripada ustaz masa khusus kahwin kat KMB

0 comments:

Post a Comment