Saturday 9 April 2011 | By: nizam_badboy91

Tips untuk interview.. based on experiences

masa lepas aku dapat result SPM,, aku dapat tawaran daripada MARA untuk biasiswa dalam bilang perubatan.. Ramai orang yang dapat interview takut, gelabah,, hidup tak tenteram.. ok la,, nak kongsi skit pengalaman yang dapat daripada beberapa interview..

Antara perkara yang perlu tahu untuk interview biasiswa  
1)Kenapa pilih bidang medic (contoh sahaja,,)
2) ceritakan latar belakang keluarga anda dan anda sendiri..
3) Negara mana nak pergi?
4) university apa kat negara tersebut?
5) university lain selain yang 1st kat negara tu jugak?
6) negara lain selain yang first..
7) university apa kat negara pilihan kedua kita tu..
8) isu semasa tentang bilang pilihan kita tu.
9) isu semasa dalam negara dan luar negara.




Otago University


ini soalan standard je.. maybe ada soalan tambahan yang "best"
1) diberi sesuatu keadaan dan anda kena membuat keputusan.. contoh,, anda menteri,,, apakah yang anda lakukan untuk tingkatkan kualiti kesihatan rakyat..
2)apakah kualiti yang terdapat dalam anda dan tidak ada dalam orang lain?
3) apakah kelebihan yang anda ada yang menyebabkan MARA (atau penganjur anda) perlu mengambil anda.?

*selalunya tak lebih setengah jam la.. cm aku kena, 10 minit je sebab ramai sangat...

interview University.. (masa buat preparation nanti)
untuk interview university pulak,, maaf sebab aku pergi interview university di UK sahaja... Ireland, New Zealand, Australia dan negara lain tak pergi dan tak mintak... basically, interview Uk antara yang paling susah..klu budak Ireland,, interview diorang cuma 20-30 minit je,, klu UK 40-60 minit.. interivew Ireland lebih kepada nak kenal budak yang mintak university Ireland tu tapi interview UK lebih kepada nak uji pemikiran budak tersebut.. ni antara soalan interview UK

Bahagian pertama
1)Kenapa pilih bidang medic 
2) ceritakan latar belakang keluarga anda dan anda sendiri..
3)sebab apa pilih UK dan university tersebut?
4)anda mesti sudah mengkaji sukatan University ni,,, jadi,, apa yang menarik tentang sukatan pembelajaran kat university ni??
5)apakah masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat di negara UK.. (klu twinning,, dan Malaysia)
6)apakah puncanya??

Bahagian ke-2 (mengkaji pemikiran anda)
1)  diberi sesuatu keadaan dan anda kena membuat keputusan.. contoh,, anda menteri,,, apakah yang anda lakukan untuk tingkatkan kualiti kesihatan rakyat..
2) berikan ethical issue yang anda tahu..
selepas anda memberi jawapan anda,, soalan akan dibuat dari jawapan anda.. jadi,,, soalan seterusnya tak tahu la.. haha interviewer akan tanya sampai anda tak mampu berfikir dan terperangkap... haha best kan... 

akhirnya selepas interview UK yang aku pergi,, aku kena marah sebab jawapan ethical issue yang aku bangkitkan... seriusly,, sangat tricky.... sampai boleh tersenyum je kat interviewers tu je.. dekan university marah aku hampir 10 minit,, teruk kena.. "You should not make your decision based on your assumption, prediction,, without having any data." aku pown hemtam dia balik.. "that 's the reason I want to go to your university, it has critical thinking subject.." akhirnya... "congrats, we offer you a place in our university".

adab-adab interview.
untuk lelaki
1)pakai baju kemeja yang kosong (plain), tak ada corak, seelokknya warna lembut (cream, putih),, elakkan pakai baju warna terang dan sakit mata (merah)
2) seeloknya pakai seluar hitam
3)  kasut tu kiwi la skit,, bagi berkilat
4) pakai tali leher,, bagi la masuk dengan warna baju tu..


untuk perempuan
SORRY,, tak tahu.. hehe..

interviewers akan panggil nama kita masuk bilik interview,,
1)ketuk pintu dahulu sebelum masuk
2)tutup pintu dengan cermat (jangan hempap pintu)
3) mintak izin untuk duduk (can i sit, sir? )
4) postur badan kena tegak, elakkan sandar. klu kerusi boleh pusing,, jangan main pusing-pusing
5)mata kita pandang tepat mata interviewer tu,, jangan dok pandang tingkap plak walaupun pemandangan cantik kat luar..
6) senyum la skit, jangan tunjuk muka cuak (takut),,


Cara nak menjawab
1)jangan selang lama sangat ketika menjawab soalan
2)kalau tak faham soalan/ tak dengar soalan,, tanya balik,, jangan main hemtam je.. nanti malu.
3)jawab dengan yakin,, 
4)jangan menipu sangat,, nak tambah-tambah tu,, jangan la over sangat..
5)kurangkan perkataan "emmm" ketika menjawab soalan..
6)tunjukkan kesungguhan anda 
7)kalau interview kumpulan (JPA), jangan cakap kurang sangat dan jangan cakap terlebih banyak.. nanti interviewer nampak kita tak yakin (cakap kurang) dan suka kawal keadaan (cakap banyak sampai orang lain tak boleh cakap).. cakap bila kita ada isi,,, elok dari kita cakap entah apa-apa yang mengarut..

menunggu giliran di "interview"

cara susun file..
1)susun dari pncapaian yang tertinggi dahulu
2) sediakan salinan untuk semua sijil
3) masukkan sijil asal dan salinan sijil dalam file yang berbeza



Untuk maklumat tentang university,, sila click kat website ni...
http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2010-2011/reputation-rankings.html



paling penting ,, BE YOURSELF AND SHOW YOUR CONFIDENT.
Be yourself (critically thinking and be knowledgeable)

Show your confident (yee,, we are IB World School's Student)
Kolej MARA Banting 





5 comments:

Unknown said...

seyresly 30-40/40-60 minit interview ??
sy ade abang dan kakak yang dah lepas sana..skrg dua2 study kt republic czech..
skrg ade sorg adek kt sana (nama dia farhan azami, kalaw kenal)..sy je yg xdapat buat ib..huhu T_T
but now, i'm doing my 1st year in medik under mara too(but in malaysia)..yeayy!
wish best of luck to you!

nizam_badboy91 said...

klu interview selain UK (ireland la contoh),, dalam 30 minit je.. ramai member kena.. cm aku kena interview UK,, 50 minit... ikut interviewer tu la... UK punya interview lain sbb ada soalan PBL (problem based leaning).. tu je

Sarra: university mana??

nizam_badboy91 said...

interview MARA kejap je... klu JPA lama skit sebab ada group interview...

Nazatul Husna said...

thanx giv some tips..er.ouh,klu U pun kne intrview eh?sshnyer~

nizam_badboy91 said...

interview biasiswa lain.. interview University lain pulak.. selalunya interivew U semasa buat persediaan nanti dan kita tidak ditetapkan university lagi

Post a Comment